Powered By Blogger

Saturday 12 November 2011

KARANGAN 1


              Karangan 1  
Bagaimanakah insitusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh intergrasi nasional di Negara kita?

Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka integrasi bermaksud perpaduan. Negara kita merupakan sebuah Negara yang mempunyai masyarakat majmuk di mana integrasi ini menjadi kunci utama bagi melahirkan sebuah entiti yakni Negara yang cemerlang dari aspek ekonomi,politik dan sosial supaya Negara kita dipandang mulia oleh Negara-negara lain. Maka pihak berkuasa tempatan memainkan yang  penting dalam memperkukuh integrasi nasional di Negara kita.

Antara cara-cara yang boleh diambil bagi meningkatkan integrasi nasional ialah melalui rumah-rumah terbuka yang dianjurkan oleh MPAJ bagi perayaan yang tertentu setiap tahun. Di samping memperkukuh integrasi nasional ini juga dapat menjadikan masyarakat kaya dengan keharmnonian dan bersatu padu. Seperti yang dinyatakan terlebih dahulu keadaan yang aman ini dapat mengelakkan berlakunya pelbagai perselisihan faham antara kaum yang akan menjadikan ibu pertiwi kita porak-peranda.

Selain itu, pihak MPAJ juga dapat meninggikan aras perpaduan nasional dalam kalangan masyarakat menerusi bidang pendidikan. MPAJ telah mengadakan kelas-kelas tuisyen kepada pelajar-pelajar yang datang daripada keluarga yang miskin serta memberi elaun kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam Malaysia. Ini juga dapat rakyat Negara kita menjaga dan mepertahankan maruah bangsa dan Negara kerana rasa puas hati yang  terlahir daripada kelayanan yang saksama serta tidak berat sebelah tanpa megira kaum.

Di samping itu, aktivit-aktiviti kemasyarakatan yang diadakan oleh pihak MPAJ juga mempunyai potensi yang tinggi bagi memperkukuh integrasi nasional. Aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong, pertandingan futsal dan sebaginya . Aktiviti-aktiviti yang begini yang melibatkan semua lapis masyarakat secara langsung membuat masyarakat menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan tanah air yang tersayang mereka itu.

Bukan itu sahaja, peluang-peluang ekonomi yang dibagi kepada masyarakat temaptan pentadbiran MPAJ oleh MPAJ juga salah satu langkah yang dapat meningkatkan integrasi nasional. Selain daripada menyediakan peluang ekonomi kepada masyarakat setempat ini juga sekaligus menjadikan masyarakat Negara kita menjadi rajin dan gigih. Sikap ini dapat membangunkan Negara kita dari segi ekonomi.

Intihanya, cara-cara yang dapat merealisasikan integrasi nasional wajarlah dilakukan secara berterus untuk mengekalkan perpaduan Negara kita.

1 comment: