Powered By Blogger

Monday 28 November 2011

KARANGAN 4


KEBAIKAN BERGOTONG-ROYONG
Dalam alaf serba kemodenan ini, aktivit-aktiviti seperti gotong-royong sering diabaikan oleh masyarakat kini yang boleh dikaitkan dengan peribahasa bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Sebenarnya banyak manfaat boleh diperolehi daripada aktiviti sebegini.
Gotong-royong mempunyai peranan yang cukup penting dalam melahirkan perpaduan dalam kalangan masyarakat madani. Dengan adanya aktiviti gotong-royong, masyarakat dapat mengenali budaya kaum masing-masing, mempercayai masyarakat sekeliling dan menghormati sesama sendiri.
Bukan itu sahaja, dengan adanya aktiviti gotong-royong tempat tinggal kita juga akan menjadi bersih dan cantik. Apabila tempat tinggal kita menjadi bersih, peluang untuk kita menghadapi penyakit-penyakit seperti denggi dan sebagainya. Kita haruslah memcegah segala penyakit sebelum kita merana.
Lebih-lebih lagi aktiviti bergotong-royong juga akan mempercepat kerja-kerja yang kita melakukan. Salah satu kerja boleh dilakukan dalam masa yang singkat jika dilakukan bersama-sama bak kata pepatah berat sama dijinjing,ringan sama dijunjung.
Konklusinya, kita tidak wajar melupakan aktiviti-aktiviti sebegini bagi mendapatkan segala manfaat supaya Negara serta masyarakat Negara kita menjana kecemerlangan dalam hidup mereka.

No comments:

Post a Comment