Powered By Blogger

Saturday 12 November 2011

RPH BM TAHUN 5

 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Subjek                        :           Bahasa Melayu
Tarikh /Hari                :           9 November 2011 (Rabu)
Masa                          :           10:05pagi- 10:05pagi (30 minit)
Tahun                          :           5 Barathy
Bil Murid                     :           30 orang
Tema                          :           Buah-buahan Tempatan
Tajuk                           :           Ayat tunggal
Hasil pembelajaran   :           Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
                                              1.   membina ayat dengan struktur ayat yang betul
          2.   membaca dengan lancar dan nyaring dengan sebutan dan     
                intonasi yang betul
        3.  menyatakan 3 ayat tunggal
                                                                                                       
Kemahiran                 :        Membaca, mendengar, menulis,bertutur
Fokus Utama            :        5.1 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan dan intonasi    
               yang betul dan memahami perkara yang dibaca
Fokus sampingan     :       8.2 Membina dan menulis ayat tunggal
               dengan tulisan yang kemas.
Sistem Bahasa         :      Tatabahasa ( ayat tunggal )
Strategi                      :      Konstruktivisme,Kontekstual, Kalaboratif,
Pendekatan/Kaedah            : Induktif
Teknik                         :           Soal jawab, main peranan, perbincangan
Konsep 5P                 :           Penggabungjalinan-kemahiran membaca, bertutur,
                                           mendengar menulis
Penyerapan                -kerjasama,menghargai,hormat- 
                                  menghormati
Penggayaan             - Soal jawab lisan
Pemulihan                 -Bimbing murid mengikut tahap
                                 penguasaan mereka
Penilaian                   -Latihan lembaran kerja
Pengisian Kurikulum            :           
                   a) Ilmu                  : Pendidikan ICT (Stimulasi penggunaan Power point)
                   b) Nilai                 : Kesyukuran, Penghargaan, Hormat-menghormati
c) Kemahiran nilai tambah        : i) Kemahiran berfikir (menjana idea, merumus
                                                    dan menghubung kait
                                                     ii) kemahiran belajar cara belajar: Mendengar
                                                     iii) Kemahiran bahasa: Membaca, mendengar,
       bertutur dan menulis
  iv) Kecergasan pelbagai: Verbal linguistik,
       interpersonal
Pengetahuan sedia ada       :  Murid biasa makan  dan mengenali buah buahan tempatan.

Bahan/alat Bantu Mengajar(BBM)  : Power point, slaid, gambar rangsangan, kertas
                                                        lembaran kerja




Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Pembelajaran dan Pengajaran
Catatan
Induksi Set    (5 minit)

Buah-buahan Tempatan
1) Murid menonton slaid buah-buah tempatan
2) Guru meminta pelajar menyatakan tema tayangan iklan itu dengan betul.
3) Murid yang lain akan memberi tepukan kepada murid yang berjaya menjawab dengan betul.

Kemahiran Bahasa: (KB)            Mendengar dan bertutur
BBM:laptop dan projektor
Nilai:Hormat-menghormati
Langkah  1  (15 minit )
Membaca petikan  dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul

*Petikan dapat dilihat pada lembaran kerja.
1) Guru meminta murid membaca petikan yang telah diedarkan kepada mereka.
2. Murid membaca contoh ayat-ayat tersebut dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul secara berkumpulan.
3. Guru memilih beberapa orang murid secara rawak untuk membaca petikan tersebut dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul.
4. Murid yang lain  bertepuk tangan kepada murid yang dapat membaca dengan betul.

KB: membaca,mendengar, bertutur
KBKK: menjana idea
Kemahiran Bernilai Tambah:                   a) Membuat kaitan dan perhubungan    
Nilai: Bekerjasama dan hormat-menghormati
Kecerdasan Pelbagai: a) Verbal linguistik
b) interpersonal
BMM: Lembaran Kerja
Langkah 2    (20 minit)
Pelajar-pelajar dibahagikan kepada 4 orang dalam sekumpulan
Setiap kumpulan diminta menulis 3 kebaikan buah-buahan tempatan yang tidak terdapat dalam petikan tersebut

*Petikan dapat dilihat pada lembaran kerja



1.Murid diberi  memberi arahan bahawa perbincangan kumpulan hanya diperuntukkan 10 minit sahaja sebelum mengedarkan kertas untuk mereka menulis.
2. Murid duduk dalam kumpulan dan berbincang.
3. Guru membunyikan wisel dalam masa 10 minit tanda tamat perbincangan kumpulan.
4. Murid berbincang tentang kebaikan buah-buahan tempatan di antara kumpulan lain bersama guru.

KB: Bertutur, mendengar, menulis
Kemahiran Bernilai Tambah:
a) Kemahiran berfikir
Nilai: Mematuhi arahan
BBM: kertas A4, wisel, lembaran kerja
Langkah 3   (17 minit)

Pelajar dalam kumpulan diminta membezakan ayat tunggal dan ayat majmuk daripada petikan tersebut.
Guru sebagai pembimbing.

* Petikan dapat dilihat pada lembaran kerja


1. Guru memanggil setiap ketua atau wakil kumpulan membentang hasil perbincangan di dalam kelas. 
2. Ketua atau wakil membezakan ayat tunggal dan ayat majmuk daripada petikan tersebut.
3. Murid yang lain dikehendaki mendengar dengan memberi tepukan kepada rakan mereka yang telah bentang.
4. Guru akan bertanya soalan kepada murid pada bila-bila masa secara tiba-tiba kepada murid kumpulan yang lain
Nilai: Yakin pada diri, keberanian, daya usaha

Kemahiran Bernilai Tambah:
a)Kemahiran berfikir


Penutup         (3 minit)

1. Guru merumuskan apa yang dipelajari pada sesi pengajaran tersebut.
2. Kemudian, guru bertanya balik kepada murid apa yang dipelajari hari ini.
3. Guru mengutip balik hasil kertas setiap kumpulan.



















PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR
            Antara bahan bantu mengajar yang digunakan dalam pengajaran 60 minit ini adalah:
a)         papan tulis
b)         slaid power point
c)         wisel
d)       lembaran kerja
e)       kertas A4
f)        projektor dan laptop

No comments:

Post a Comment