Powered By Blogger

Saturday 12 November 2011

KARANGAN 3


                            Karangan 3

Faktor-Faktor Berlakunya Jenayah Dalam Kalangan Pelajar
Sekolah

Dalam meniti arus kemodenan ini kita telah dikejutkan dengan kes-kes jenayah yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah. Kes-kes jenayah dalam kalangan pelajar sekolah pada masa ini memang berleluasa seperti meragut, pergaulan bebas, merogol, gensterisme serta hingga membunuh orang. Pelajar sekolah merupakan masa depan Negara kita dan bakal pemimpin yang akan memegang tampuk pemerintahan Negara kita pada masa yang akan datang. Maka, perlakuan mereka pada masa ini haruslah positif serta wajar menjadi sikap yang boleh dicontohi oleh orang lain. Sikap mereka yang positif wajarlah dipupuk sejak kecil lagi bak kata orang tua-tua melentur buluh biarlah dari rebungya. Perbuatan jenayah-jenayah yang dinyatakan seperti di atas, menjadi bukti bahawa akhlak pelajar sekolah pada dasawarsa ini memang rapuh. Menurut kepada penyelidikan yang dijalankan oleh Bahagian Penyelidikan, Kementerian Pendidikan, 459 sekolah daripada 1560 sekolah menengah harian mempunyai risiko tinggi berlaku kes-kes jenayah dan ini makin lama makin meningkat.

Jika dikaji dengan teliti masalah ini, kita akan dapat tahu punca-punca berlakunya jenayah dalam kalangan pelajar sekolah. Punca utama perkara ini menjadi kronik, bermula daripada rumah iaitu orang tua pelajar sekolah. Ibubapa mempunyai peranan yang cukup penting dalam membentuk anak-anak mereka.
Mereka haruslah memberi pendidikan yang dapat menjadikan anak mereka sempurna dan dipandang mulia oleh orang ramai. Lantaran itu, mereka juga akan mendapat masa depan yang cukup cerah. Tetapi dalam era globalisasi ini ,  masyarakat  Negara ini  mengutamakan kebendaan dan menjadi terlalu materialistik. Walaubagaimanapun, golongan ibubapa melupa tanggungjawab hakiki mereka iaitu membentuk anak-anak mereka menjadi insan yang sempurna. Ibubapa wajarlah sedar bahawa mereka wajarlah menjaga anak-anak mereka dengan berhati-hati bak kata pepatah bagai menatang minyak yang penuh terutamanya pada zaman teknologi ini. Peranan ibubapa juga terjejas akibat  keruntuhan instisusi keluarga iaitu penceraian ibubapa seseorang pelajar.
Statistik menunjukkan bahawa terdapat 152803 kes perceraian dalam tempoh sepuluh tahun ini dan hanya meningkat setiap tahun. Ini mendorong kepada berlakunya jenayah dalam kalangan pelajar sekolah. Apabila ibubapa juga tidak menunjukkan contoh yang baik, adakah adil jika mereka mengajar anaknya untuk berbuat baik-baik? Perkara ini sebenarnya bak kata peribahasa orang melayu seperti ketam mengajar anaknya berjalan. 

Di samping punca ini, pengaruh rakan sebaya juga menjadi salah satu faktor masalah yang sedang mengancam budi pekerti serta sikap mulia pelajar sekolah pada abad ke 21 satu ini. Pelajar sekolah mudah terpengaruh oleh rakan sebaya mereka terutamanya jikalau rakan tersebut menpunyai tabiat yang negatif. Apabila pelajar tidak mahir dalam memilih rakan-rakan mereka, sikap negatif  rakan mereka akan menjadi amalan serta budaya mereka. Ini lama-kelamaan akan membuat pelajar terlibat dalam jenayah kerana tabiat negatif merupakan asas berlakunya jenayah dalam kalangan pelajar sekolah. Pelajar suka memilih kawan yang dapat menemani mereka dan lazimnya mereka akan membuang masa mereka bersama-sama dengan melepak. Masa inilah berlakunya jenayah-jenayah seperti membakar sekolah, pergaulan bebas dan sebagainya. Rakan seseorang pelajar itu memang mepunyai peranan yang cukup penting dalam hal ini. Jadi pelajar wajarlah menyiasat dan dapat mengetahui sikap  seseorang rakannya sebelum menjadikan dia sebagai kawanya untuk mengelakkan bala seperti jenayah ini berlaku.

Tambahan pula, pengaruh media massa juga merupakan salah satu punca bagi berlakunya jenayah dalam kalangan pelajar sekolah. Tidak dinafikan bahawa media massa seperti internet , televisyen dan radio mempunyai kesan-kesan positif namun terdapat juga kesan-kesan negatifnya jika ia disalahgunakan. Hati pelajar sekolah boleh diiibaratkan dengan sehelai kain putih. Kalau kita rendam kain tersebut dalam warna yang cantik dan menarik, kain tersebut itu akan menjadi menarik tetapi apakah kesan jikalau kain itu direndam warna yang tidak begitu menarik? Apabila pelajar membaca,menonton atau mendengar bahan-bahan yang tidak senonoh tamsilnya seperti aksi-aksi pelakon yang melakukan vandalisme dalam wayang, bahan pornografi, dan sebagainya, mereka akan ada perasaan yang ingin cuba perkara yang tidak senonoh itu kerana perkara sebegini itu akan meresap ke dalam hati mereka dan akan menjadi seperti kain yang direndam dalam warna yang tidak menarik itu. Media massa ini mendorong pelajar melakukan jenayah-jenayah seperti yang dinyatakan di atas.

Seterusnya, kurang didikan agama juga mendorong berlakunya jenayah dalam kalangan pelajar sekolah. Kalau kita kaji dengan selanjutnya, kita akan dapat tahu bahawa pelajar yang diberi didikan agama yang sempurna tidak akan terlibat dalam jenayah kerana tiada agama yang menasihati penganutnya atau umatnya melakukan  perkara yang tidak bermoral. Maka jika setiap orang mengamalkan agama mereka dengan setulus hatinya dan diberi pendidikan agama masing-masing memang mustahil bagi mereka terlibat dalam jenayah.

Bukan itu sahaja peranan sekolah yang tidak memberangsangkan juga menjadi salah satu faktor menjadinya jenayah dalam kalangan pelajar sekolah. Jikalau peraturan sekolah tidak ketat, memang terdapat peluang untuk terjadinya jenayah dalam kalangan pelajar sekolah. Sebenarnya, kebanyakan jenayah yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah berlaku di sekolah. Walaupun terdapat j Lembaga Displin, Lembaga Pengawas dan sebagainya namun berlaku juga jenayah di sekolah. Maksud tersirat di sini ialah peraturan sekolah wajarlah diperketat lagi bagi mengelakkan berlakunya jenayah dalam kalangan pelajar sekolah.

Di samping itu, proses pendidikan yang lemah di sekolah juga menjadi salah satu asas masalah ini. Peningkatan jenayah dalam kalangan pelajar sekolah menunjukkan bahawa pendidikan pada zaman ini tidak begitu berjaya membentuk akhlak pelajar. Bukan setakat pendidikan malahan para guru juga tidak dapat mencorakkan anak murid mereka kerana kuasa guru dalam pelajar pada abad ke 21 ini memang terhad. Kita memang sudah jemu membaca berita dalam akhbar yang menceritakan guru-guru yang memeukul pelajar walaupun pelajar itu bersalah. Selain itu sekolah-sekolah dalam Negara ini mengutamakan kecemerlangan akademik sahaja tetapi mereka lupa bahawa hanya mempunyai kecemerlangan dalam pendidikan tidak berbaloi malahan akhlak pelajar itu memang penting untuk masa depannya terjaga. Tidak dapat dinafikan bahawa jika pelajar itu cemerlang dalam pendidikan dia tidak membuat kesalahan.

Intihanya memang terdapat banyak punca berlakunya jenayah dalam kalangan pelajar sekolah. Cara-cara yang dapat membendung kejadian ini wajarlah diambil supaya masa depan pelajar sekolah dikekal dan ini secara tidak langsung mengekal masa depan Negara kita. Pihak yang bertanggunjwab seperti ibubapa, pihak sekolah, Kelab Pencegah Jenayah Sekolah, Polis  dan sebagainya haruslah aktif mengambil tindakan yang berkesan dalam hal ini. Marilah kita bersama membendung berlakunya jenayah dalam kalangan pelajar sekolah dengan membentuk akhlak pelajar .


                       

No comments:

Post a Comment