Powered By Blogger

Saturday 12 November 2011

KARANGAN 2



 Karangan 2


Cara-cara memupuk perpaduan antara kaum

Dalam era globalisasi ini perpaduan memainkan peranan yang cukup penting untuk melahirkan satu masyarakat Negara yang mampu menjana kecemerlangan dan kegemilangan Negara kita. Tanpa perpaduan kaum yang membina tidak wujudlah tamadun-tamadun seperti Tamadun Mesir-purba, Tamadun Indus dan sebagainya. Negara kita merupakan sebuah Negara yang berbilang kaum. Perpaduan antara kaum menjadi tulang belakang kepada kemajuan Negara kita tersayang. Tiada siapa dalam kalangan kita melupa peristiwa hitam yang berlaku pada 13 Mei 1965. Bagi mengelakkan berlakunya peristiwa sebegini prakarsa-prakarsa yang berpatutan haruslah diambil.

Antara usaha yang boleh diambil bagi mewujukan perpaduan antara kaum ialah, mengadakan rumah terbuka. Rumah terbuka sebenarnya bukan sahaja dapat menyelerakan kita dengan pelbagai jenis makanan malahan juga dengan perpaduan. Rumah terbuka yang biasanya diadakan untuk perayaan-perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya melibatkan berbagai-bagai jenis kaum. Rumah terbuka ini menjadi medan bagi mereka untuk beramah mesra, bertanya khabar, mengongsi pendapat dan sebagainya.

Selain itu, aktiviti gotong royong juga menjadi salah satu aktiviti yang meningkatkan perpaduan antara kaum. Masyarakat Malaysia menjalankan beberapa aktiviti secara gotong royong seperti kenduri, membersihkan tempat tinggal dan sebagainya bak kata peribahasa Melayu bagai aur dan tebing. Gotong royong ini juga melahirkan semangat kejiranan di satu tempat kediaman yang lama-kelamaan yang menjadi perpaduan antara kaum. Pihak-pihak yang berkuasa juga membentuk peluang bagi masyarakat untuk bergiat secara bergotong-royong.

Di samping itu industri sukan juga menjadi alat yang penting bagi mewujudkan perpaduan antara kaum. Misalnya pasukan bola sepak Malaysia iaitu, Pasukan Harimau Malaya menjadi satu contoh. Pemain-pemain bola sepak yang berasal daripada kaum-kaum utama yang terdapat di Malaysia seperti orang Melayu,Cina dan juga India. Selain daripada permainan bola sepak, permainan-permainan nasional yang lain juga dapat melahirkan perpaduan antara kaum.

Intihanya, perpaduan menjadi satu alat yang mampu menjadikan Negara kita setaraf dengan Negara-negara maju yang lain seperti Amerika Syarikat dan sebagainya. Peribahasa Melayu berbunyi, bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat haruslah menjadi satu cogan kata yang utama dalam jiwa setiap rakyat Negara kita tanpa mengira kaum.

No comments:

Post a Comment